Dunia

13,654 gempa direkod sepanjang 2020

Gempa paling dahsyat di Alaska pada 22 Julai dengan magnitud 7.8

ANKARA, 18 Rejab 1442H, Selasa – Dunia merekodkan 13,654 gempa bumi berkekuatan empat atau lebih sepanjang tahun 2020 – di mana Amerika Syarikat (AS) mencatatkan gempa terkuat. 

Sekitar 500,000 gempa bumi – kecil atau besar – berlaku di bumi setiap tahun, iaitu kira-kira 100,000 daripada gegarannya dirasa dan 100 lagi menyebabkan kerosakan.

Menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa paling dahsyat berlaku di Alaska pada 22 Julai 2020 dengan magnitud 7.8. 

Pakar USGS berkata, perkembangan teknologi melalui data stesen gempa menjadi sebab lebih banyak gempa bumi direkodkan sekarang berbanding sebelum ini. 

Pada tahun 1931, terdapat 350 stesen seismik di bumi untuk merakam gempa bumi, tetapi hari ini angka itu sudah mencecah ribuan. 

Gempa terbahagi kepada tiga kategori, iaitu gempa tektonik, gunung berapi dan gempa runtuhan mengikut pembentukannya. 

Gegaran tektonik lebih menonjol sebagai jenis gempa yang paling merosakkan dari segi kesan dan magnitud. 

Sabuk gempa Pasifik yang juga disebut ‘Cincin Api Pasifik’ dikenali sebagai pusat gempa yang paling kuat, di mana 90 peratus dari semua gempa bumi seluruh dunia.

Pada tahun 2020, tujuh daripada sembilan gempa bumi besar dengan kekuatan tujuh atau lebih tinggi berlaku di kawasan ini. 

Gempa berkekuatan 9.5 pada tahun 1960 di wilayah Valdivia di Chile adalah gempa paling buruk yang pernah direkodkan setakat ini. 

Ini diikuti pada tahun 2004 membabitkan Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 9.1 magnitud.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button