Berita UtamaDunia

Mesir tegang selepas undang-undang hartanah dipinda

Tidak boleh akses gas, air, eletrik jika tak daftar hartanah

KAHERAH, 18 Rejab 1442H, Selasa – Ketegangan semakin meningkat di Mesir susulan pindaan undang-undang hartanah yang menetapkan pemilik mendaftarkan harta mereka atau tidak boleh mengakses gas, air minum dan elektrik.

Menurut laporan yang diterbitkan Middle East Eye semalam, hanya lima peratus hartanah di Mesir didaftarkan dalam rekod rasmi.

Mereka yang mahu mendaftarkan kediaman perlu membayar tiga peratus daripada nilai hartanah mereka – yang tidak berpatutan bagi kebanyakan pemilik rumah.

Tarikh akhir untuk menguatkuasakan undang-undang telah dipinda ke Disember dari tarikh asal 6 Mac sebagai tindak balas terhadap tentangan daripada orang ramai.

Ketika ini, Mesir sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk kerana langkah-langkah berjimat cermat yang dilaksanakan kerajaan dan rakyat Mesir bergelut menangani kenaikan kos sara hidup yang membuatkan negara itu tidak berpenghuni.

Satu pertiga rakyat Mesir kini dilaporkan hidup di bawah garis kemiskinan.

Tahun lalu, timbul kemarahan meluas selepas pihak berkuasa Mesir merobohkan rumah dan menangkap pemilik dengan alasan mereka membina kediaman tanpa kebenaran merancang.

Penduduk mendakwa perobohan itu adalah cara pihak berkuasa mengumpulkan wang – dari menegakkan undang-undang – kerana meminta mereka membayar wang pendahuluan untuk perdamaian dengan alasan rumah itu dibina ‘secara haram”.

Sekiranya pemilik membayarnya, kerajaan berkata, rumah mereka tidak akan dirobohkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button