Dunia

Wajib ambil vaksin COVID-19 untuk tunai haji

Arab Saudi belum putuskan peraturan baharu musim haji 1442H

RIYADH, 19 Rejab 1442H, Rabu – Arab Saudi mengumumkan kebenaran untuk bakal jemaah yang ingin ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji musim ini, namun diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan memberi bukti pengesahan menerima dos itu. 

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al Rabiah berkata, vaksinasi akan menjadi syarat utama untuk bakal jemaah haji tahun ini. 

Bagaimanapun, kementerian itu belum memutuskan sama ada musim haji tahun ini  – yang akan bermula 17 Julai – akan dipengaruhi oleh peraturan baharu. 

Pada tahun 2020, ibadah haji hanya dihadkan kepada 1,000 jemaah yang tinggal di Arab Saudi sahaja, sebagai langkah kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19. 

Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi pada 17 Disember, menerusi bekalan dos Moderna, Pfizer dan AstraZeneca. 

Sehingga kini, Arab Saudi merekodkan 377,700 kes jangkitan COVID-19 dengan 6,500 kematian. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button