Berita UtamaDunia

16 orang dihukum mati di Mesir

Keluarga banduan hanya diberitahu setelah hukuman selesai dilaksana

CAIRO, 20 Rejab 1442H, Khamis – Pihak berkuasa Mesir telah melaksanakan hukuman mati ke atas 16 orang yang disabitkan kes jenayah minggu ini.

Pada Selasa, pihak berkuasa menjatuhi hukuman mati ke atas 11 orang di penjara Borg Al-Arab di pesisir kota Alexandria, dekat utara negara itu.

Sabtu lalu, hukuman sama dikenakan ke atas lima orang termasuk tiga wanita.

Kebiasaannya, Kementerian Dalam Negeri tidak mengumumkan bahawa pihaknya sedang melaksanakan hukuman mati.

Perkara itu diberitahu kepada keluarga banduan hanya setelah mereka dihukum mati supaya mereka dapat menerima jenazah untuk dikebumikan.

Disember lalu, pengawai hak asasi manusia antaraangsa, Amnesty International (AI) mengkritik hukuman yang dianggap sebagai pembunuhan mengerikan di Mesir.

Organisasi hak asasi manusia Community for Justice mendokumentasikan 87 hukuman mati yang dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir pada bulan Oktober dan Disember 2020, yang digambarkan sebagai nombor rekod. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button