Berita UtamaDunia

Israel isytihar kawasan Palestin sebagai tanah negara

Tindakan rejim Zionis sebahagian dari dasar pembersihan etnik

HEBRON, 20 Rejab 1442H, Khamis – Negara haram Israel mengisytiharkan ratusan dunum tanah di kota Yatta di selatan Hebron, dekat Tebing Barat sebagai tanah milik mereka pada Rabu.

Media tempatan melaporkan, rejim pengganas Israel telah mengedarkan notis pemberitahuan yang menyatakan kawasan berkenaan sebagai ‘tanah negara’.

Notis berkenaan turut menyatakan tanah berkenaan diisytiharkan sebagai milik negara penjajah itu sejak tahun 1982.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, tindakan rejim Israel itu adalah sebahagian daripada dasar pembersihan etnik terhadap penduduk Palestin di Masafer Yatta.

Tindakan itu menyebabkan tiga buah rumah serta sebuah bilik kediaman di kawasan Khiler al-Dabe turut diserbu pada Selasa. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button