Berita Utama

Murtad: Sudah tiba masa kerajaan perketat undang-undang

Murtad turut dikira sebagai soal moral: Mufti

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 20 Rejab 1442H, Khamis – Sudah tiba masanya kerajaan memperketatkan undang-undang berkaitan gejala murtad supaya agama Islam tidak terus dipermainkan.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berkata, terdapat keperluan untuk menguatkuasakan sepenuhnya apa-apa peruntukan yang melarang orang bukan Islam mengembangkan agama mereka kepada orang Islam.

“Kita ada Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

“Isu murtad perlu diberi perhatian kerana ia termasuk dalam Maqasid Syariah iaitu menjaga agama,” katanya seperti dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Pada masa sama, beliau menyarankan supaya kerajaan memasukkan hal-hal berkaitan dengan isu murtad secara lebih mandalam ke dalam silibus pendidikan di negara ini, terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Hal ini kerana katanya, soal murtad selain dikira sebagai soal agama, ia turut dikira sebagai moral.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button