Berita Utama

Nahas SUKE: 2 maut, 3 parah

Van dinaiki dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh

KUALA LUMPUR, 20 Rejab 1442H, Khamis – Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah setelah van dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian itu, van tersebut sedang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan dua mangsa terbabit disahkan maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun

“Pemandu van berkenaan dikeluarkan pada pukul 8.55 malam dan mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada 9.27 malam.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button