Berita Utama

Pengguna MySejahtera tak perlu daftar 2 kali untuk vaksin COVID-19

Janji temu akan diberikan berdasarkan pendaftaran kali pertama

PUTRAJAYA, 20 Rejab 1442H, Khamis – Pengguna aplikasi MySejahtera akan mendapat janji temu suntikan vaksin COVID-19 berdasarkan pendaftaran pertama mereka, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan orang ramai jika mereka perlu mendaftar sekali lagi setelah terdapat kemas kini baharu pada aplikasi itu.

Dalam ciapan di laman Twitternya, Khairy mengatakan aplikasi akan memberikan notifikasi kepada pengguna untuk mengesahkan bahawa mereka telah mendaftar untuk Program Imunisasi Nasional COVID-19.

“MySejahtera telah melakukan kemas kini UI (antaramuka pengguna) untuk memberi makluman kepada semua orang yang telah mendaftar.

“Tunggu notifikasi. Jangan daftar lagi. Bagi mereka yang telah mendaftar sekali lagi dan melihat tarikh pendaftaran baharu, yakinlah bahawa kami mempunyai rekod pendaftaran pertama anda.

“Janji temu akan diberikan berdasarkan pendaftaran kali pertama,” katanya.

Khairy memberi respons kepada pengguna Twitter yang sebelumnya berpendapat bahawa pendaftaran pertamanya tidak sah dan menyatakan kebimbangan bahawa usahanya untuk mendaftar lebih awal adalah sia-sia.

“Jangan risau. Pendaftaran pertama anda di-log masuk dan direkodkan. Dan anda akan mendapat janji temu berdasarkan pendaftaran pertama itu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button