Berita UtamaDunia

Perang di Yaman cetus krisis air teruk

Ribuan penduduk termasuk wanita, kanak-kanak mati akibat penyakit taun

SANA’A, 20 Rejab 1442H, Khamis – Pencerobohan yang dipimpin oleh Arab Saudi sejak 2015 di Yaman telah menyebabkan kerosakan sumber air dan infrastruktur dengan teruk.

Kementerian Air dan Alam Sekitar Yaman dalam satu sidang media berkata, perang telah mempengaruhi sektor itu dan merampas akses ribuan warga Yaman untuk mendapatkan air minuman.

Pegawai berkata, perang dan pengepungan yang berlaku di negara ini telah mempengaruhi bekalan air dan memaksa jutaan penduduk menggunakan cara yang tidak sihat untuk menyimpan air.

Pada masa sama, krisis bahan bakar yang teruk juga menyebabkan mereka kekurangan air.

Sumber dan prasarana air adalah antara sektor penting yang menjadi sasaran perang Arab Saudi terhadap Yaman.

Perang menyebabkan berjuta-juta penduduk Yaman terbiar tanpa akses kepada makanan dan air, sehingga berlakunya krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Ribuan penduduk Yaman, termasuk wanita dan kanak-kanak, mati akibat penyakit selama enam tahun perang.

Bagaimanapun, perjuangan warga Yaman untuk mendapatkan air minum bersih tetap diteruskan.

Pandemik COVID-19 juga memperburuk keadaan di negara tersebut, di mana lebih daripada 80 peratus orang memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button