Berita Utama

Bersatu terima masuk 2 bekas ADUN DAP Perak

Paul Yong, Sivasubramaniam anggotai Bersatu sebagai sayap bersekutu

BANGI, 21 Rejab 1442H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi menerima masuk penyertaan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak.

Paul Yong (ADUN Tronoh) dan A Sivasubramaniam (ADUN Buntong) didakwa kini menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebahagian daripada sayap anggota bersekutu, lapor portal Malaysikini.

Kedua-dua wakil rakyat itu memenangi kerusi masing-masing atas tiket Pakatan Harapan (PH-DAP) sebelum umum keluar parti pada Mac lalu untuk menyokong PN.

Menurut portal itu, penyertaan kedua-dua ADUN berkenaan disahkan oleh Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharudin.

Zainol dilaporkan berkata, permohonan Yong dan Sivasubramaniam telah diserahkan sebelum ini dan Bersatu memberi persetujuan pada Disember lalu.

Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah, manakala Sivasubramaniam di Ipoh Barat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button