Berita Utama

Boleh mohon matrikulasi, PISMP, PPC mulai 15 Mac

Lepasan SPM 2020 mohon terus kepada KPM tanpa guna UPUOnline

BANGI, 21 Rejab 1442H, Jumaat – Permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021, akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan itu turut membabitkan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara.

Sehubungan itu, KPM mempelawa semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC.

“Pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline. Permohonan adalah percuma. 

“Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac 2021,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button