Dunia

Gempa bumi gegar New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan

Penduduk berdekatan pantai diarah segera berpindah ke tempat tinggi

WELLINGTON, 21 Rejab 1442H, Jumaat – Gempa bumi berkekuatan 8.1 skala Richter melanda pantai timur laut New Zealand pada Jumaat, sehingga mencetuskan amaran tsunami di wilayah berkenaan. 

Gempa kuat yang melanda Kepulauan Karmadec kira-kira jam 7.28 malam waktu tempatan, dikesan pada kedalaman 19.4 kilometer (12 batu), menurut Kajian Geologi AS. 

Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional New Zealand memberitahu, gegaran itu berukuran 8.0 magnitud. 

Agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami di timur laut New Zealand berhampiran wilayah Kepulauan Kermadec berikutan gempa kuat kedua dalam tempoh kurang daripada enam jam.

“Penduduk berdekatan pantai di kawasan berkenaan harus segera berpindah ke tempat tinggi berhampiran atau zon evakuasi tsunami. Jangan berada di rumah.

“Arahan ini termasuk untuk Pantai Timur Pulau Utara dari Bay Islands ke Whangarei dan dari Matata ke Tolaga Bay,” kata agensi itu dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, gempa berkekuatan 7.3 skala Richter pernah melanda utara New Zealand yang memdorong amaran tsunami di kawasan persisir pantai.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button