Artikel Khas

10 sebab mengapa pemakluman UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu kurang bijak

Beri persepsi di kalangan masyarakat umum UMNO adalah antipenyatuan Melayu

(1) TIDAK dinyatakan apa keperluan/tujuan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO kepada Presiden BERSATU pada 26 Februari 2021.

(2) Tidak dinyatakan secara spesifik, dalam bentuk jumlah undian yang diperolehi contohnya, bagaimana keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dibuat/terhasil.

(3) Tidak dinyatakan secara spesifik asas-asas, contohnya dari sudut politik dan dari sudut syarak, yang menyebabkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 itu dibuat/terhasil.

(4) Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat oleh para perwakilan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 28 Mac 2021.

(5) Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga keputusan yang sama mengenainya dibuat oleh Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, iaitu MCA, MIC dan PBRS.

(6) Keputusan ini sepatutnya disertakan dengan pemberian syarat-syarat spesifik tertentu yang wajib dipenuhi oleh BERSATU sekiranya BERSATU mahu UMNO bekerjasama dengannya dalam PRU 15.

(7) Keputusan ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga benar-benar terbukti bahawa BERSATU gagal memenuhi kehendak-kehendak UMNO, khususnya di dalam rundingan agihan kerusi PRU 15.

(8) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15, tetapi masih kekal dalam kerajaan, akan memberi masalah kepada UMNO untuk mendokong dasar kerajaan.

(9) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15 akan memberi kelebihan kepada pihak yang menguasai kerajaan mengatur gerak kerja bagi menanganinya.

(10) Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU 15 akan memberikan persepsi di kalangan masyarakat umum bahawa UMNO adalah anti penyatuan Melayu.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Dr Kamarul Zaman

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button