Berita UtamaDunia

Arab Saudi buka operasi pawagam,gimnasium, pusat sukan mulai Ahad

Acara keramaian akan terus ditangguh hingga ke tarikh diberitahu

RIYADH, 22 Rejab 1442H, Sabtu – Operasi tayangan filem di panggung wayang, aktiviti gimnasium dan pusat sukan dibenarkan dibuka semula di Arab Saudi mulai Ahad ini.

Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat berkata, restoran dan kafe turut dibenarkan membawa pelanggan makan di dalam premis.

Bagaimanapun, semua acara keramaian dan pesta akan terus ditangguh sehingga tarikh diberitahu kelak.

Penangguhan itu termasuk majlis perkahwinan, perjumpaan korporat, aktiviti sosial serta jamuan di dalam dewan.

Selain itu, perhimpunan sosial tetap terhad kepada jumlah kehadiran maksimum 20 orang.

Kerajaan sebelum ini menangguhkan acara rekreasi pada 3 Februari lalu bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Penangguhan itu dilanjutkan pada 14 Februari selama 20 hari.

Kementerian turut meminta orang ramai mematuhi langkah-langkah pencegahan bagi mengawal penularan COVID-19.

Malah, pemeriksaan turut akan dilakukan di premis untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button