Berita Utama

COVID-19: 1,680 kes baharu dikesan

7 kematian direkodkan oleh KKM pada hari ini

KUALA LUMPUR, 22 Rejab 1442H, Sabtu – Kes harian baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan dengan 1,680 kes dilaporkan hari ini serta tujuh lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kumulatif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 311,777 manakala bilangan yang meninggal dunia akibat virus itu adalah 1,166 kes.

β€œKes sembuh dicatat hari ini 2,548 orang, lebih tinggi daripada kes baharu yang dilaporkan,” katanya melalui Twitter rasminya.

Beliau berkata jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah sebanyak 289,452 manakala bilangan kes aktif wabak itu ialah 21,159 kes.

Sebanyak 172 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 84 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button