Berita Utama

Dakwa cuba disogok: SPRM minta Ahli Parlimen Sekijang buat laporan

Aduan selaras Seksyen 25 Akta SPRM 2009 kewajipan melapor transaksi penyogokan

KUALA LUMPUR, 22 Rejab 1442H, Sabtu – Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail dinasihat untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan ada individu cuba menyogok beliau supaya keluar daripada partinya.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen PKR itu perlu membuat aduan kepada SPRM jika menganggap perkara itu sebagai perlakuan rasuah.

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.

“SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa ada dua individu telah bertemu dengan Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada parti dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button