Berita UtamaDunia

Israel ancam tingkat hukuman ke atas tahanan Palestin

Bakal akibatkan tindakan mogok lebih hebat dari tahanan Palestin

RAMALLAH,  22 Rejab 1442H, Sabtu – Penjara Israel mengancam akan meningkatkan hukuman ke atas warga Palestin yang ditahan.

Keputusan dilakukan di penjara Ofer itu sekali gus memburukkan lagi tahap kesihatan warga Palestin, ditambah pula dengan penularan wabak COVID-19.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, ancaman itu berkemungkinan akan meningkatkan tindakan mogok dalam kalangan tahanan Palestin, disebabkan pihak penjara enggan memenuhi tuntutan mereka.

Sebelum ini, para tahanan membantah penindasan dilakukan penjara Israel, termasuk serbuan beberapa kali di bilik tahanan serta pemindahan tahanan ke penjara lain.

Tahanan turut mengadu bahawa perkhidmatan air ke penjara dipotong, sehingga mengakibatkan kualiti kebersihan menurun di tengah-tengah penularan COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button