Berita Utama

Lompat parti, bukankah YB sertai Bersatu masih ada kes mahkamah?

Mana-mana pemimpin perlu bersihkan nama sebelum dipilih semula jadi YB

BANGI, 22 Rejab 1442H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempersoalkan tindakan lompat parti dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), baru-baru ini.

Naib Presiden ISMA, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, pihaknya hairan kerana meskipun salah seorang daripada ADUN berkenaan masih dalam siasatan kes mahkamah, namun beliau masih dibenarkan untuk menyertai parti kerajaan.

“Bukankah YB (Yang Berhormat) tersebut masih dalam siasatan mahkamah kes rogol amah?

“Saya berpandangan bahawa mana-mana pemimpin yang ada kes mahkamah perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum dipilih atau dipilih semuka untuk menjadi YB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dua ADUN DAP bertindak menyertai Bersatu.

Mereka adalah ADUN Tronoh, Paul Yong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam yang sebelum ini memenangi kerusi DAP atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Namun, kedua-dua ADUN itu keluar parti pada Mac tahun lalu, di mana Sivasubramaniam pada bulan lalu menyertai Gerakan sementara Yong sebelum menjadi ADUN bebas.

Dengan langkah terbaru Sivasubramaniam itu Gerakan kini tiada wakil dalam DUN Perak.

Media melaporkan Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button