Berita UtamaDunia

Hanya majoriti tipis sokong larangan pemakaian burqa

Larangan tak benarkan penutupan wajah sepenuhnya di tempat awam

GENEVA, 23 Rejab 1442H, Rabu – Majoriti tipis menyokong langkah untuk melarang pemakaian burqa di tempat awam di Switzerland.

Undian yang dilakukan hari ini tetap diteruskan meskipun wanita memakai pakaian yang menutup muka itu jarang kelihatan di negara terbabit.

Ia berikutan satu pungutan suara yang diadakan selepas perdebatan bertahun-tahun berikutan larangan serupa di negara eropah lain dan beberapa negara berpenduduk majoriti Muslim.

Poster kempen tertera tulisan ‘Hentikan Islam radikal!’ dan ‘Hentikan ekstremisme!’, menampilkan seorang wanita yang memakai niqab hitam dipasang di sekitar bandar-bandar Switzerland.

Pada masa sama, poster lain berbunyi: ‘Tolak undang-undang ‘antiburqa’ yang tidak masuk akal, tidak berguna dan Islamofobia’.

Malah, larangan itu antara lain tidak membenarkan penutupan wajah sepenuhnya di tempat umum, sama ada di premis atau kawasan terbuka, namun pengecualian diberi untuk tempat ibadat.

“Selain tidak berguna, peraturan ini bersifat rasis dan seksis,” kata jurucakap kumpulan Purple Headscarves, Ines El-Shikh.

Kerajaan dan Parlimen menentang larangannya di seluruh negara.

Tempat mengundi akan dibuka beberapa jam pada Ahad dan stesen pengundian akan ditutup pada tengah hari dengan keputusan awal dijangka pada sebelah petang.

Tinjauan Pejabat Statistik Persekutuan 2019 mendapati, sebanyak 5.5 peratus penduduk Switzerland adalah beragama Islam, kebanyakannya berasal dari Yugoslavia. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button