Berita Utama

Jangan biarkan ‘genetik rebut kuasa’ kembali memerintah

Masih ramai tokoh berwibawa dan amanah untuk jadi pemimpin

BANGI, 23 Rejab 1442H, Ahad – Melihat kepada senario politik negara ketika ini, pastinya UMNO dan Bersatu akan bertarung sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tindakan itu sudah tentu memberi kesan kepada undi Melayu dan perjuangan agenda ummah yang selama ini dilaung-laungkan.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Ab Kadir yakin kedua-dua parti akan bersaing dari akar umbi sehingga ke peringkat tertinggi kepimpinan.

“Mereka bertarung untuk apa. Rakyat perlu celik dan sedar. Adakah mereka bertarung untuk menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Adakah mereka bertarung untuk memberi yang terbaik. Semuanya palsu, mereka bertarung untuk merebut kuasa. Kuasa segala-galanya. Ini genetik mereka.

“Genetik yang perlu dibuang demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. Jangan biarkan genetik ini kembali berkuasa. Malaysia masih ramai tokoh-tokoh yang berwibawa dan amanah,” katanya.

Sebelum ini, UMNO memutuskan untuk tidak menjalin sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRU15, dan hanya bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Keputusan itu dibuat UMNO selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta parti berkenaan menyatakan pendirian jelas kedudukan kerjasama sebelum rundingan pengagihan kerusi diteruskan untuk PRU15.

Bersatu pula membuat keputusan untuk memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam Parti Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button