Berita Utama

PM tunai umrah

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi 4 hari

MAKKAH, 23 Rejab 1442H, Ahad – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di sini, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan Umrah pada pukul 10 malam, Sabtu (3.00 pagi Ahad waktu Malaysia). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button