Berita UtamaDunia

Rejim Bashar langgar gencatan senjata, 6 orang awam cedera

Keenam-enam mangsa dirawat di hospital Idlib

IDLIB, 23 Rejab 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya enam orang awam cedera akibat serangan dilakukan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad di zon de-eskalasi di Idlib, dekat barat laut Syria, semalam.

Serangan itu sekali gus menyebabkan rejim pengganas yang disokong Iran itu melanggar perjanjian gencatan senjata di zon de-eskalasi.

Dalam kejadian, rejim melepaskan tembakan dari Maarat al- Numan ke Arihah, yang berhampiran lebuh raya M4.

Dua mangsa yang dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu, termasuk empat lagi mangsa dibawa ke hospital di wilayah itu bagi mendapatkan rawatan.

Lebuh raya M4, juga dikenali sebagai jalan Aleppo-Al Hasakah, terletak kira-kira 30 kilometer (19 batu) dari sempadan selatan Turki.

Pada September 2018, Turki dan Russia bersetuju menjadikan Idlib sebagai zon selamat, yang melarang sebarang tindakan pencerobohan ke atas kawasan itu.

Bagaimanapun, pelanggaran konsisten yang dilakukan rejim Bashar dan sekutunya telah membunuh lebih 1,300 orang awam sejak dari tarikh perjanjian.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, lebih 370,000 orang terbunuh, manakala jutaan lagi hilang tempat tinggal dan melarikan diri ke negara lain.

Kanak-kanak yang berada di dalam bangunan, termasuk rumah mereka menjadi sasaran mudah bom yang digugurkan pesawat rejim Bashar dan sekutunya Russia.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button