Berita UtamaDunia

Tiga nelayan Palestin maut dalam satu letupan

Media lapor Zionis lepas tembakan ke arah nelayan

SEMENANJUNG GAZA, 23 Rejab 1442H, Ahad – Tiga nelayan Palestin terkorban dalam sebuah letupan kapal di perairan Gaza, hari ini.

Ketika kejadian, dua beradik lelaki dan seorang sepupu mereka sedang berlayar di luar bandar Khan Younis, dekat selatan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, punca letupan masih belum diketahui, kata wakil persatuan nelayan, Nezar Ayyash.

Media Palestin melaporkan, rejim pengganas Israel telah melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin yang berlayar dari bandar Gaza, memaksa mereka kembali ke pantai.

Namun, rejim pengganas Israel kononnya menafikan letupan itu berpunca daripada perbuatan mereka. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button