Berita Utama

Naib Presiden ISMA kongsi 14 tip muslimah maju ke depan

Ghairah berkarier jangan lupa ciri kewanitaan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 24 Rejab 1442H, Isnin – Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Madya Dr Norsaleha Mohd Salleh berkongsi 14 tip untuk muslimah maju ke hadapan.

Antaranya wanita Islam perlu mempunyai agenda; beri keutamaan kepada keluarga; sedar tugas asasi; hormat suami dan wali; jaga kebersihan dan kesihatan; mahir dalam aspek keibubapaan; pelihara maruah dan patuh etika guna media sosial.

Memetik kandungan buku ‘Perjuangan Bermula Daripada Rumah’, Prof Norsaleha berkongsi panduan kepada wanita Islam mengamalkan ‘multi tasking’; susun kerja ikut keutamaan; amal gaya hidup sihat; berpakaian ikut ketetapan syarak; tampil menarik dalam rumah untuk suami serta bijak urus kewangan keluarga dan peribadi.

Katanya, buku itu adalah satu garis panduan aktivis ISMA, wanita Islam dalam organisasi.

“Kita memahami keperluan dan keinginan kita orang perempuan seperti bekerja dan bersosial.

“Bagaimanapun dalam keghairahan kita keluar dari rumah untuk melaksanakan karier dan sebagainya kita masih tertakluk wanita yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan dan sifat penyayang.

“Jadi dalam buku ini kami telah senaraikan 14 ciri-ciri wanita Islam yang ingin maju dan membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Forum Perdana Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, siaran langsung dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei menerusi Facebook Tv Pertiwi, hari ini.

Katanya lagi, buku itu hasil daripada penyelidikan dan kajian ISMA di Malaysia.

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/753497865311833

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button