Berita Utama

Tiada kerjasama politik dengan UMNO untuk PRU15: DAP

Hanya akan bekerjasama dalam hal melibatkan kepentingan rakyat

GEORGE TOWN, 24 Rejab 1442H, Isnin – DAP menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, katanya, pendirian parti itu konsisten walaupun ketika berada dalam pembangkang dan hanya akan bekerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat.

“Selagi ia untuk kebaikan rakyat, kita sanggup memberi sokongan…atas tujuan tertentu berhubung isu berkaitan kepentingan dan manfaat rakyat. Tiada kerjasama atas dasar kepentingan parti dengan UMNO,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan mengambil pendekatan untuk tujuan tertentu tidak bermakna bekerjasama dengan UMNO tetapi sanggup bekerjasama demi kepentingan rakyat seperti mahukan persidangan Parlimen diadakan.

Dalam pada itu, Lim, yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata parti itu tidak menyokong tindakan wakil rakyat melompat parti meskipun perkara tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button