Berita Utama

KPT tanggung bayaran proses UPUOnline semua pemohon

Harap ringankan beban pelajar, lancarkan urusan lanjut pengajian

BANGI, 24 Rejab 1442H, Isnin – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Insitutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Justeru, melalui pengecualian ini, permohonan masuk ke IPTA dan ILKA boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my mulai 4 Januari hingga 31 Mac.

Permohonan membabitkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan Matrikulasi dan diploma atau setaraf.

“KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button