Berita Utama

Pejuang feminis Barat tuntut perkara bercanggah prinsip Islam, budaya Timur

Ada sebab kenapa sebahagian negara tak meratifikasi sepenuhnya CEDAW

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 24 Rejab 1442H, Isnin – Tidak ada apa bagi muslimah untuk menuntut lebih kerana hak mereka sudah dijaga sejak zaman Rasulullah ﷺ lagi.

Namun disebabkan peredaran zaman, sikap manusia sentiasa berubah dan berlaku juga penindasan serta diskrimasi terutamanya di tempat kerja ke atas wanita Islam.

Sehubungan itu, tidak pelik apabila sebahagian besar negara Islam meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang telah dilulus dan dikuat kuasakan.

Ini kerana ada sebahagian daripada tuntutan dalam CEDAW itu bersesuaian dengan keperluan wanita di negara masing-masing termasuk wanita Islam.

Bagaimanapun tidak boleh dinafikan ada beberapa perkara yang dilihat anti kepada keluarga, bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan budaya ketimuran seperti kebebasan, hak asasi dan juga sokongan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Madya Dr Norsaleha Mohd Salleh menjelaskan, ini berikutan, konvensyen itu dilakukan masyarakat feminis Barat yang tidak ada asas agama.

“Sebab itu sebahagian daripada negara tidak meratifikasi sepenuhnya CEDAW itu, tetapi di sana adanya reservasi bagi beberapa enakmen yang dilihat bertentangan dan tidak bersesuaian dengan norma kehidupan kita sebagai seorang muslim.

“Di antara diskriminasi wanita yang dilihat bertentangan dengan Islam adalah apabila CEDAW menuntut hak perwalian, hak menjatuhkan talak. Walhal ia hak lelaki.

“Bagaimanapun dalam Islam ada khuluk, tebus talak, fasakh yang mana kaum wanita masih lagi boleh menuntut penceraian dari pihak suami. Dia (isteri) boleh ke Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai melalui hukum mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Forum Perdana Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, siaran langsung dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei menerusi Facebook Tv Pertiwi, hari ini.

Beliau ditanya mengenai peruntukan CEDAW yang tidak selaras dengan hukum syarak.

Selain itu, hak lain yang dituntut termasuk hak LGBT; perwarisan dalam faraid; hak menjadi imam dalam solat dan hak menggugurkan kandungan.

Perkara ini dilihat di antara yang bertentangan dengan norma budaya ketimuran dan tuntutan dalam Islam itu sendiri, kata Prof Norsaleha yang juga Pengarah Institut Hadis dan Aqidah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/753497865311833

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button