Berita Utama

Sukan Olimpik: 75 peratus rakyat Jepun bantah kemasukan penonton luar

Sukar terima tetamu kerana kemudahan perubatan tak sempurna: Presiden

TOKYO, 24 Rejab 1442H, Isnin – Lebih 75 peratus rakyat Jepun membantah kemasukan peminat luar negara ke Sukan Olimpik Tokyo, tatkala penganjur bersiap sedia untuk membuat keputusan mengenai kehadiran penonton.

Tinjauan oleh Yomiuri Shimbun Daily mendapati, hanya 18 peratus responden menyokong penonton asing masuk ke Jepun, manakala 77 peratus lagi menentang.

Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Minggu lalu, penganjur berkata, pihaknya akan memutuskan perkara itu bulan ini, kemungkinan sebelum larian obor yang bermula 25 Mac.

Presiden Sukan Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata, penganjur ‘benar-benar mahu mengadakan acara di stadium penuh dengan peminat dari seluruh dunia.’

“Tetapi ia adalah sukar kerana kita dalam situasi tidak dapat menerima tetamu dan kemudahan perubatan tidak sempurna,” katanya.

Tinjauan Yomiuri juga menunjukkan bahawa 45 peratus responden menyokong penonton secara umum menghadiri temasya tersebut, dengan 48 peratus menentang.

Pengundian dilakukan antara 5-7 Mac melalui panggilan telefon secara rawak, dengan 1,066 daripada 1,977 orang dihubungi menjawab panggilan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button