Berita Utama

Kaitkan lompat parti dengan murtad serlah kebodohan ultra kiasu

Ridhuan Tee ingatkan jangan sentuh isu agama kalau tak faham

BANGI, 25 Rejab 1442H, Selasa – Analogi yang digunakan pemimpin ultra kiasu berhubung tindakan melompat parti bukan sahaja menyerlahkan kebodohan dan kejahilannya, malah sangat tidak memahami sensitiviti orang Melayu Islam, setelah 62 tahun merdeka.

Bahkan, tindakan pemimpin terbabit membandingkan tindakan lompat parti dengan keluar daripada agama Islam – murtad – menggambarkan sifat dan wajah komunis yang sebenar.

Berang dengan perkara itu, pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan tindakan sedemikian sebagai terlalu kurang ajar.

Beliau menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad kerana ia adalah undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan.

“Orang Melayu mesti beragama Islam. Begitu juga dengan orang yang memeluk Islam. Dia mesti kekal dalam Islam setelah memeluk Islam kerana tiada sesiapapun yang memaksanya memeluk Islam. Tetapi sesudah memeluk, sudah tentu, kita tidak membenarkannya, kerana agama Islam bukan agama kedai kopi.

“Berbanding dengan lompat parti. Ini bukan perkara agama. Hanya satu perbuatan, melompat. Jauh bezanya,” tegasnya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Prof Ridhuan Tee mengingatkan ultra kiasu untuk tidak sesekali mengaitkan hal agama Islam dengan isu lompat parti.

“Saya nak ingatkan ultra kiasu ini, agama Islam bukan macam agama lain. Murtad berkait rapat dengan akidah. Lompat bukan isu akidah, tapi soal integriti. Jangan sentuh isu agama kalau tak faham. Kalau nak bandingkan, gunakan agama kamu sebagai contoh, tetapi bukan agama Islam.

“Lagi pun negara kita yang mengamalkan demokrasi. Tidak ada undang-undang yang menghalang untuk seseorang itu lompat melompat. Lompatan ini berlaku kerana kurang tarbiyyah, kurang iman, kurang setia dan macam-macam lagi.

“Pemimpin parti ultra kiasu ini, menegaskan isu wakil rakyat lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan. Kamu nak bawa, bawalah, tiada siapa yang larang. Tetapi jangan kaitkan dengan murtad,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button