Berita Utama

Pakar kecantikan mabuk rempuh sekatan polis

Rempuh peralatan SJR sebelum ditahan

PETALING JAYA, 25 Rejab 1442H, Selasa – Seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk merempuh sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar Plaza Tol Damansara menyebabkan peralatan SJR rosak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.05 pagi, suspek, 23, yang memandu Toyota Harrier merempuh peralatan SJR sebelum dia ditahan.

Antara peralatan mengalami kerosakan seperti papan tunjuk arah, lampu biru SJR dan kon warna oren.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pemandu berkenaan merupakan pakar kecantikan di sebuah pusat kecantikan di Puchong.

“Hasil ujian pernafasan melalui mesin Evidential Breath Analyzer mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang ditetapkan semasa memandu.

“Suspek kini diberi jamin polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button