Berita Utama

PDRM masih siasat Datuk, Tan Sri disyaki dalang kartel dadah

Siasatan termasuk kenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan

KUALA LUMPUR, 25 Rejab 1442H, Selasa – Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan termasuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan berkenaan.

“Siasatan menyeluruh akan dibuat dan saya akan memastikan keadilan.

“Dalam menjalankan siasatan, kita perlu lihat segala aspek termasuk sama ada mereka benar-benar terbabit atau sebaliknya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Kegiatan mereka sukar dihidu sebelum ini selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Sebaliknya, aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka itu adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran kokain.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button