Berita UtamaDunia

Israel tamatkan sekatan eksport dari Gaza

Larangan jejas pendapatan ribuan keluarga

GAZA, 23 Safar 1445H, Sabtu – Negara pengganas Israel akan membenarkan eksport barangan komersial dari Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan utama mulai Ahad ini.

Langkah itu selepas larangan selama beberapa hari untuk apa yang dipanggil cubaan menyeludup bahan letupan, kata pegawai Palestin pada Jumaat.

Penduduk Palestin berkata, larangan itu memberi kesan kepada ribuan keluarga sekali gus merosakkan mata pencarian di enklaf yang disekat itu.

Israel pada Isnin lepas menghentikan sementara barangan komersial daripada meninggalkan Gaza selepas pemeriksa menemui beberapa kilogram bahan letupan berkualiti tinggi dalam penghantaran, tersembunyi di dalam lapisan pakaian.

“Sebentar tadi, pihak Israel memaklumkan kepada kami keputusan kerajaan Israel untuk menyambung semula eksport dari Semenanjung Gaza melalui lintasan Kerem Shalom mulai Ahad ini, sama seperti sebelum penutupan,” kata kenyataan jawatankuasa Pihak Berkuasa Palestin.

Tiada ulasan segera daripada COGAT, pihak berkuasa Israel yang menyelaraskan pentadbiran dengan Wilayah Palestin.

Sejak Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengambil alih kuasa di Gaza pada 2007, ia telah mengalami salah satu daripada kadar pengangguran tertinggi di dunia di bawah sekatan ke atas banyak barangan yang dikenakan oleh Israel dengan sokongan Mesir.

Ia juga telah rosak teruk dalam empat peperangan besar dan banyak pertempuran lain antara Hamas dan Israel. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2023/09/05/israel-henti-import-dari-gaza/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button