Berita Utama

Tak mustahil PH-DAP kuasai negara semula jika pertembungan 3 penjuru

PAS tidak berpihak pada mana-mana parti, hanya jadi orang tengah

BANGI, 25 Rejab 1442H, Selasa – “Berbalah atau kalah?”

Demikian ulasan ringkas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad ketika ditanya mengenai pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau memaklumkan, PAS sekarang ini memutuskan untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti.

“Kita masih lagi jadi orang tengah untuk memastikan supaya tidak berlakunya tiga penjuru.

“Kalau berlaku tiga penjuru kita sudah dapat tahu keputusannya ialah PH (Pakatan Harapan), DAP akan menguasai balik negara kita.

“Saya guna istilahnya berbalah atau kalah,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi, hari ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Hashim Jasin menyifatkan pertembungan tiga penjuru pada PRU15 hanya akan merugikan ummah dan dibimbangi boleh menggugat kestabilan politik negara.

Bahkan, lebih malang lagi, perpecahan di antara parti-parti Melayu utama hanya akan memberi keuntungan kepada musuh, sekali gus menyebabkan kerugian baik buat UMNO, PAS mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita mesti belajar daripada PRU lepas, walaupun masuk bertanding banyak tetapi kemenangan hanya sedikit kerana berlaku pertembungan tiga penjuru.

“Tiada parti akan mendapat keuntungan, PAS, UMNO dan Bersatu semua akan rugi jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Susah untuk kita mencapai kemenangan, sedangkan kita mempunyai peluang besar jika bersatu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button