Berita Utama

195,923 individu divaksin setakat 9 Mac

Sarawak rekod jumlah suntikan tertinggi dengan 27,500 individu

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1442H, Rabu – Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah divaksin setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menurut laporan harian pemberian dos satu vaksin mengikut negeri, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).

“Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).

“Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebooknya, hari ini.

Pada 24 Feb lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button