Berita Utama

Banding isu murtad dengan politik, Guan Eng tersasar jauh: Mufti

Islam bukan hasil pemikiran manusia, diturunkan pemilik dunia Allah SWT

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 26 Rejab 1442H, Rabu – Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membandingkan isu murtad dengan lompat parti adalah tersasar, sangat jauh dan tidak tepat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad cuba memperbetulkan pemahaman dengan berkata, murtad bersangkut paut dengan isu akidah yang membabitkan elemen asas seseorang penganut agama Islam.

Manakala lompat parti pula, jelasnya, isu itu bukan berkaitan dengan agama, dan parti pula adalah hasil buah tangan pemikiran manusia.

“Berlainan dengan agama Islam, ia bukan hasil pemikiran manusia, tetapi ia adalah agama yang diturunkan oleh pemilik dunia ini iaitu Allah SWT.

“Dalam lompat parti, undang-undang Malaysia sendiri pun tidak melarang, tiada apa-apa halangan dan undang-undang yang menyekat.

“Ada pun agama Islam memang melarang keras penganut-penganutnya meninggalkan agama Islam atau murtad,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.met, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng yang mempertikaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat melompat parti, sekiranya mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik?

“Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button