Berita Utama

Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji: Muhyiddin

Permintaan diluluskan apabila situasi haji kembali normal

RIYADH, 26 Rejab 1442H, Rabu – Malaysia memperoleh tambahan 10,000 kuota haji, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata beliau membuat permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).

“Apabila situasi haji kembali normal berikutan pandemik COVID-19, permintaan kita diluluskan,” katanya kepada media Malaysia pada penghujung lawatan rasmi empat harinya ke negara itu.

Beliau berkata Putera Mahkota memberikan jawapan positif dan jaminan kerana negara itu mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Makkah dan Madinah juga masih dalam proses perluasan bagi menampung lebih ramai jemaah pada masa hadapan, kata Muhyiddin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button