Berita Utama

Pasar mini milik ISMA perhebat industri halal dilancar hari ini

Pembekal produk BMF diajak turut serta pasarkan produk di Ismart

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Rejab 1442H, Rabu – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan sebuah pasar mini baharu, ‘Ismart’ di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Pengerusi Ismart, Mohd Noor Azib Asmangi berkata, pasar mini ini adalah antara manifestasi ISMA untuk membangunkan ekonomi umat Islam di samping meneruskan kejayaan kempen Beli Produk Muslim (BMF). 

“Kita memfokuskan kepada produk halal dan berkualiti dalam konsep pasar mini yang selesa dan bersih. 

“Pastinya kita mementingkan aspek kualiti dan keselesaan kepada pengunjung. Dengan itu pengunjung dapat merasakan pengalaman membeli yang premium dengan harga kompetitif di pasaran,” katanya kepada Ismaweb.net.

Katanya lagi, Ismart yang dimiliki oleh ISMA Global Mart Sdn Bhd merancang untuk melebarkan sayap ke seluruh negara dengan membuka lagi 10 cawangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Setiap Ismart dijangka akan dikendalikan oleh cawangan ISMA negeri masing-masing, katanya.

Dalam pasa itu, beliau turut mengalu-alukan pembekal produk muslim yang berminat untuk memasarkan produk berkualiti masing-masing menyertai Ismart.

“Kita galakkan pembekal BMF yang mempunyai produk berkualiti tinggi, menepati piawaian bersih dan halal untuk turut serta menjadi pembekal kepada Ismart. 

“Boleh dipertimbangkan dan dialu-alukan juga kepada koperasi yang berminat kepada Ismart,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button