Uncategorized

Rasuah RM300,000: 2 individu termasuk Datuk Seri direman 6 hari

Konon bagi bantu lepaskan 22 warga China ditahan imigresen

SHAH ALAM, 26 Rejab 1442H, Rabu – Dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Perintah reman hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di sini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun, disyaki bertindak sebagai orang tengah turut direman untuk membantu siasatan.

Sumber SPRM berkata wanita itu telah ditahan pada pukul 1 pagi tadi manakala lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam. Kedua-dua suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button