Berita Utama

Rasuah: SPRM tahan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri

Disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 dari seorang individu

SHAH ALAM, 26 Rejab 1442H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh Imigresen.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.00 malam di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya suspek mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam baru-baru ini.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok bagi permohonan reman.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button