Pendapat

‘Track record’ buruk, penganut lain tak patut guna kalimah Allah

Salah guna bagi tujuan propaganda agama sasar orang Melayu

HARI ini mahkamah mengisytiharkan bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain seperti solat, Baitullah dan Kaabah selepas mendapat cabaran mahkamah oleh seorang penganut Kristian.

Saya masih tidak dapat akses kepada penghakiman penuh dan kita akan membuat suatu sidang media tidak lama lagi.

Tetapi pendirian saya secara asasnya tetap sama, penganut agama lain tidak patut menggunakan kalimah-kalimah tersebut memandangkan kita ada ‘track record’ sejak sekian lama di mana kalimah-kalimah tersebut disalah guna untuk tujuan propaganda-propaganda dakyah agama Kristian dalam kalangan masyarakat, di mana sasaran kebanyakannya adalah orang Melayu.

Kita akan ulas lanjut dalam suatu sidang media yang bakal diumumkan pada masa terdekat.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA / Presiden ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button