Berita UtamaDunia

Sekatan Israel sulitkan usaha Turkiye hantar bantuan ke Gaza

Persiapan dah dibuat, tentera hanya tunggu lampu hijau dari Erdogan

ISTANBUL, 27 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Sekatan penuh pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, menyulitkan usaha Turkiye untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di wilayah itu.

Menurut pegawai Kementerian Pertahanan Turkiye, pihaknya sedang membuat persiapan yang diperlukan untuk menghantar bantuan ke Gaza.

“Situasi di Gaza semakin sangat rumit. Dalam keadaan semasa, sangat sukar untuk menyampaikan bantuan di sana,” katanya.

Katanya, pihak tentera Turkiye kini hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden, Recep Tayyip Erdogan untuk menghantar keperluan berkenaan.

Pengganas Israel bertubi-tubi menyerang dan memusnahkan gerakan Hamas di Gaza sebagai membalas serangan pada Sabtu lalu.

Gaza yang menempatkan 2.3 juta penduduk kini berada dalam keadaan huru-hara selepas dikepung sepenuhnya dan dibom sepanjang masa.

Sehingga kini, 1,537 rakyat Gaza syahid akibat kezaliman rejim penjajah, manakala 6,612 yang lain cedera teruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button