Berita Utama

Denda tak lebih RM100,000 untuk berita palsu mengenai COVID-19, darurat

Kerajaan wartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021

KUALA LUMPUR, 27 Rejab 1442H, Jumaat – Mana-mana individu mencipta, menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung COVID-19 atau proklamasi darurat boleh berdepan dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, mulai esok (Jumaat).

Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Ini berikutan kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, yang berkuat kuasa hari ini, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ordinan tersebut dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut tafsiran Ordinan tersebut, ‘berita tidak benar’ termasukah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button