Dunia

Eropah tangguh beri vaksin COVID-19 AstraZeneca

Ada kes babitkan penerima vaksin, didakwa meninggal dunia kerana 'darah beku', pihak berkuasa siasat jika ada kaitan

COPENHAGEN, 27 Rejab 1442H, Jumaat – Pihak berkuasa kesihatan Denmark, Norway dan Iceland menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca, susulan laporan berlaku pembentukan darah beku pada beberapa individu yang didakwa menerima suntikan.

Denmark menangguhkan pemberian suntikan selama dua minggu setelah seorang wanita berusia 60 tahun, yang menerima AstraZeneca menghadapi darah beku dan meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke berkata, pihaknya masih belum boleh membuat kesimpulan terhadap kes itu, namun masih menyiasat punca serta kesan daripada vaksin berkenaan.

“Kita menunggu maklumat untuk melihat apakah ada kaitan antara vaksinasi dan kes darah beku ini,” katanya. 

Penangguhan itu turut dilaksanakan di Iceland pada Khamis, sementara menunggu hasil penyelidikan oleh EMA. 

Itali juga mengesahkan perkara sama semalam untuk menangguhkan pemberian AstraZeneca yang berbeza dengan digunakan di Austria.

Sebelum ini, Austria menghentikan penggunaan suntikan AstraZeneca ketika menyiasat kematian didakwa akibat darah beku dan komplikasi paru-paru.

Bagaimanapun, pengawal selia perubatan Eropah EMA memaklumkan manfaat vaksin itu mengatasi risiko dan boleh terus diberikan. 

Eropah sedang berusaha mempercepatkan pemberian vaksin setelah berlaku penangguhan penghantaran Pfizer dan AstraZeneca, di tengah lonjakan kes varian baharu yang menyebabkan perintah berkurung di negara seperti Itali serta Perancis.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button