Berita Utama

Fasa peralihan monsun bermula 16 Mac

Banyak negeri akan hujan lebat, ribut petir untuk tempoh singkat

BANGI, 27 Rejab 1442H, Jumaat – Negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, dan membawa kepada hujan lebat serta angin kencang untuk tempoh masa singkat.

Keadaan itu berikutan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada 16 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), permulaan fasa ini menandakan berakhirnya monsun timur laut yang bermula sejak 11 Novemberi 2020.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pd struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di laman web, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button