Berita Utama

PN, GPS dan GRS hampir pasti bentuk kerajaan

Pengalaman PRU14 antara faktor GPS sangsi kerjasama dengan PH

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Kerjasama antara Perikatan Nasional dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang kukuh hampir pasti.

Melihat kepada hubungan baik antara ketiga-tiganya dan Blok Borneo yang tidak cenderung Pakatan Harapan (PH), penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed yakin kerjasama akan dibentuk hari ini. 

“Kita perlu lihat kenyataan yang telah dibuat sebelum ini oleh GPS. Beberapa pimpinan tinggi GPS memang tolak PH berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini PRU14, apabila mereka cuba mengadakan kerjasama tetapi PH enggan.

“Selain itu juga, ketika di bawah kepimpinan pakatan itu, banyak perkara telah menjejaskan kebajikan masyarakat di Sarawak. 

“Ini menyebbakan GPS sangsi untuk bekerjsama dengan PH pada kali ini,” katanya dalam temubual bersama TV Pertiwi secara langsung, hari ini.

Prof Martadha melihat senario tersebut memungkinkan kerjasama antara GPS atau GRS dengan PN pasti akan berlaku.

Ini kerana, sebelum ini kerjasama itu telah termeterai dan jika diteruskan akan berlaku kesinambungan dari segi hubungan antara PN, Barisan Nasional (BN), GPS dan GRS. 

“Mereka hampir pasti akan membentuk kerajaan kerana masing-masing ada kepentingan tertentu, mempunyai hubungan yang baik dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap rundingan dengan GRS dan GPS serta pihak lain yang berkaitan akan dapat diselesaikan supaya kerajaan dapat dibentuk sebelum petang hari ini.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan GRS dan GPS akan membentuk Blok Borneo yang akan memainkan peranan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan demi kestabilan rakyat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button