Berita UtamaDunia

Tamat perjanjian biijirin Laut hitam ancam jutaan penduduk negara miskin

Ramai yang berdepan kebuluran akibat keputusan Russia

KYIV, 4 Muharam 1445H, Sabtu – Kenaikan harga bijirin sejak Russia menghentikan eksport di Laut Hitam menyebabkan jutaan penduduk terjejas terutama di negara-negara miskin.

Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths ketika berucap bersama 15 anggota majlis berkata, sehingga kini kira-kira 362 juta orang di 69 buah negara memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Ada pihak yang akan kebulur dan berdepan kematian dengan keputusan yang dibuat Russia,” katanya.

Isnin lalu, Russia menarik diri daripada perjanjian bijirin laut Hitam dan mendakwa permintaan untuk menambah eksport produk termasuk baja tidak dapat dipenuhi.

Pihaknya mendakwa bijirin yang dieksport oleh Ukraine tidak memenuhi keperluan di negara-negara miskin.

Keputusan berkenaan mempengaruhi harga pasaran gandum di Chicago Amerika Syarikat (AS) dan terbukti meningkat enam peratus minggu ini – keuntungan harian terbesar sejak Russia menceroboh Ukraine.

Perjanjian bijirin Laut Hitam yang dikendali setahun lalu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkiye bertujuan memerangi krisis makanan global yang bertambah buruk susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine .

Sebelum ini kedua-dua negara berkenaan merupakan pengeksport bijirin utama dunia.

PBB sebelum ini menegaskan perjanjian Laut Hitam itu adalah operasi komersial dan mampu memberi manfaat kepada negara-negara miskin.

Malah, ia juga mampu membantu menurunkan harga makanan di peringkat global lebih 23 peratus di seluruh dunia sejak Mac, tahun lalu.

Program Makanan Sedunia juga mengeksport kira-kira 725,000 tan bijirin ke Afghanistan, Djibouti, Ethiopia, Kenya, Somalia, Sudan dan Yaman. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button