Berita UtamaDunia

WHO dakwa vaksin AstraZeneca selamat

Belum ada bukti kematian disahkan kerana vaksinasi

GENEVA, 28 Rejab 1442H, Jumaat – Tidak ada sebab untuk berhenti menggunakan vaksin COVID-19, AstraZeneca, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, beberapa negara Eropah dilapor menangguhkan program imunisasi berikutan mengenai mengenai masalah ‘darah beku’ yang membabitkan penerima vaksin.

WHO berkata, jawatankuasa penasihat vaksinnya sedang melihat data keselamatan dan menegaskan bahawa tidak ada kaitan dihasilkan antara vaksin dan pembekuan.

Pihak berkuasa kesihatan di Denmark, Norway, Iceland, Itali dan Romania menangguhkan atau mengehadkan pemberian vaksin AstraZeneca setelah laporan terpencil mengenai penerima mengalami masalah pembekuan darah.

Bercakap kepada wartawan pada taklimat di Geneva, jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, AstraZeneca adalah vaksin yang amat baik, seperti juga vaksin lain yang sedang digunakan.

“Kami telah mengkaji data kematian. Sejauh ini, belum ada kematian yang terbukti disebabkan oleh vaksinasi.

“Ya, kita harus terus menggunakan vaksin AstraZeneca,” katanya, sambil menegaskan bahawa ‘sebarang isyarat keselamatan mesti disiasat’.

Austria Isnin lalu mengumumkan penggantungan penggunaan vaksin AstraZeneca selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia disebabkan masalah pembekuan darah yang teruk, beberapa hari selepas menerima suntikan.

Empat negara Eropah lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg juga menggantung penggunaan vaksin terbabit, yang turut dihantar ke 17 negara Eropah lain membabitkan satu juta suntikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button