Berita Utama

COVID-19: Perlis catat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.71

Diikuti Pulau Pinang dengan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1442H, Sabtu – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button