Berita Utama

Mindef sasar bina 25,000 unit rumah warga, veteran ATM

Di bawah program ‘Satu Anggota Satu Rumah’ dijangka siap pada 2030

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1442H, Sabtu – Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan pembinaan sebanyak 25,000 unit rumah untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program ‘Satu Anggota Satu Rumah’ (SAsaR) yang dijangka siap pada 2030.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua unit rumah berkenaan akan dibina di tiga lokasi iaitu di kem Transmitter di Sungai Besi, Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn, di sini.

Beliau berkata SAsaR adalah satu daripada program dalam teras kebajikan Mindef bagi menjamin keselamatan dan kebajikan warga dan veteran ATM agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada tugasan hakiki.

“Program SAsaR adalah untuk setiap anggota dan veteran ATM memiliki rumah sendiri sebelum mereka bersara daripada perkhidmatan ATM.

“Sebagai permulaan projek. SAsaR akan dimulakan di Sungai Besi dengan sejumlah 3,500 unit rumah jenis pangsapuri akan dibina,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi pembangunan projek SAsaR di Satria Residensi, Sungai Besi, di sini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button