Berita UtamaIstimewa

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni kini Presiden baharu ISMA

Pelantikan oleh Amir ISMA berkuat kuasa bagi sesi 2021-2023

BANGI, 28 Rejab 1442H, Sabtu – Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melantik Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai Presiden yang baharu.

Pelantikan bekas Timbalan Presiden itu adalah berkuat kuasa bagi sesi 2021-2023.

“Pelantikan ini dibuat dalam Mesyuarat Agung Khas Perwakilan di Putrajaya tengah hari tadi.

“Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dilantik sebagai Presiden ISMA oleh Amir ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dengan sokongan penuh oleh perwakilan yang hadir,” kata kenyataan media, hari ini. 

Ustaz Muhammad Fauzi kini menggantikan Haji Aminuddin Yahaya yang dilantik sebagai Presiden ISMA pada 16 September 2018, selepas Ustaz Abdullah Zaik dipilih menjadi Amir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button